Jom tengok tips memakai tudung bawal dengan mudah 🙂
1. Gabungan Baju Dengan Tudung
Sekiranya anda memakai baju bercorak, padankan baju dengan tudung plain dan sebaliknya. Jangan memakai baju dan tudung yang mempunyai corak berlainan. Anda akan kelihatan sangat sarat.
2. Pilihan Warna
Pilihlah warna yang bersesuaian dengan tona kulit anda. Warna yang kontras menghasilkan kombinasi yang menarik untuk sipemakai. Boleh baca artikel ini untuk pilihan warna yang sesuai dengan kulit.
3. Pelbagaikan Gaya Pemakaian
Diakui tudung bawal kurang digayakan. Namun anda boleh membaca artikel di bawah untuk melihat pelbagai cara menggayakan tudung bawal.
4. Cara Penjagaan Tudung Bawal
Seeloknya tudung bawal jenis voile dibasuh menggunakan tangan berbanding dibasuh menggunakan mesin basuh. Kualitinya akan tahan lebih lama. Cara penjagaan yang betul akan membuatkan tudung bawal tidak mudah nipis, berbulu dan luntur warnanya.
Tak perlu beli tudung mahal-mahal, kalau anda pandaikan gayakannya dengan baik. Yang murah pun akan tetap nampak cantik jika pandai digayakan. Anda mestilah yakin dan sentiasa nampak kemas. Cubalah!!
Pelbagai jenama tudung bawal boleh didapati dalam lawam web ini